Jabatan Teknologi Pendidikan
Institut Perguruan Darulaman
Pengautomasian Pusat Sumber
 
PERLAKSANAAN SISTEM PENGAUTOMASIAN

Projek perlaksanaan sistem pengautomasi di pusat sumber termasuklah perancangan (plan), reka bentuk (design) dan jadual (schedules) yang telah dilakukan pada peringkat awal ke dalam sistem operasi penuh kerana kesan pengautomasian akan dirasai di semua peringkat pusat sumber. Kumpulan yang terlibat bukan sahaja pentadbir pusat sumber dan staf tetapi juga staf yang mengendalikan komputer.

Banyak faktor yang mesti diambil kira apabila perlaksanaan sistem ini dirancang. Jadual masa mestilah bersesuai dengan setiap kumpulan dan program latihan mestilah dirancang. Kejayaan menyeluruh setiap sistem bergantung kepada kerjasama dan kewajipan mereka melaksanakannya.

Oleh itu, peringkat perlaksanaan sistem pengautomasian ini memerlukan kerjasama banyak pihak dan boleh dibahagikan kepada beberapa bidang:

 

Prosedur Perubahan

Terdapat tiga bentuk untuk prosedur perubahan dijalankan apabila kemasukan sistem baru iaitu:

    1. Perubahan serentak
    2. Sistem operasi selari
    3. Perubahan berperingkat
 

1. Perubahan Serentak

Dalam pendekatan ini, semua sistem lama ditamatkan pada tarikh yang ditetapkan dan digantikan serta-merta dan sepenuhnya dengan sistem baru.

Kelebihan

 

Keburukannya:

 

2. Sistem Operasi Selari

Cara kedua untuk menjadualkan perlaksanaan sistem baru ialah untuk menjalankan sistem lama dan baru selari dalam satu tempuh masa. Sistem lama dibiarkan berjalan sehingga sistem baru dapat dibuktikan berjaya. Pendekatan ini selalunya diambilkira. Sekarang ia perlu bagi perkhidmatan diteruskan tanpa gangguan.

Kebaikannya:

Keburukan:  

3. Perubahan Berperingkat

Dalam perubahan berperingkat ini, ia tidak ditamatkan serta merta sebaliknya dibuat berperingkat-peringkat. Sebahagian sistem yang lengkap dan telah diuji dan sebahagian sistem lama ditamatkan dan diganti dengan sistem baru.

Kebaikan:

Keburukan:  

 

 

 

 

 

 

Persediaan Tapak (Site Preparation)

Penyediaan tapak bagi komputer kebiasaanya perpustakaan yang bertanggungjawab menyelenggarakannya, pelan kedudukan dan keperluan penyesuian perlu dibuat pada peringkat perlaksanaan.

 

Sebaik sahaja keputusan dibuat untuk melaksanakan sistem perpustakaan berkomputer, perhatian sangat mustahak kepada keperluan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan kepada mereka yang menjalankan operasi itu.

Pembahagian bilangan staf di antara bahagian boleh berubah sebagai contoh dengan pengenalan teknik penerangan menyokong sistem pengautomasian, lebih ramai perpustakawan diperlukan dalam aktiviti perkhidmatan pembaca berbanding bahagian lain.

Perpustakaan juga hendaklah disusun kembali. Kawasan dahulunya diuntukkan kepada kad katalog bolehlah dikosongkan untuk tujuan lain.

 

Kesihatan Dan Keselamatan

Penyediaan untuk kesihatan, keselamatan dan keselesaan pekerja haruslah meliputi ciri-ciri seperti aspek penglihatan, sikap, peribadi, psikologi dan keadaan persekitaran.

Pelbagai dakwaan oleh pengendali komputer terhadap tahap kesihatan mereka seperti sakit mata, radang kulit, kecacatan semasa kelhiran akibat terlalu kerap menggunakan komputer. Walaupun tiada bukti terhadap dakwaan mereka, ditakuti akan memberi kesan terhadap mereka untuk bekerja. Penyediaan tempat kerja yang selesa dan kemudahan-kemudahan lain dapat membantu tahap kesihatan mereka.

Faktor Persekitaran

Apabila perkakasan komputer hendak diletakkan di perpustakaan atau di persekitaran pejabat, tugas utama perlaksanaan perlu diambil kira seperti suhu bilik, kelembapan bilik, kawalan habuk, lampu, tahap kebisingan, ruang dan kawasan perabot.

Suhu, Kelembapan, Habuk dan 'Static discharge'

Suhu dan kelembapan yang tinggi boleh memberi kesan terhadap komputer. Perlu diingatkan bahawa, suhu sahaja tidak menentukan keselesaan; kelembapan dan kadar peredaran udara juga merupakan faktor penting.

Sistem Lampu

Amat penting untuk difikirkan kesesuaian cahaya yang diperlukan agar kesan silauan dan pantulan terhadap 'operator' boleh dikurangkan. Cahaya yang tidak sesuai akan mengakibatkan masalah silauan cahaya, sakit kepala, keletihan dan juga tekanan.

Ruang dan Penyusunan Perabot

Perabot perlu diatur/disusun supaya pengendali dapat menjalankan tugas tanpa gangguan. Keselamatan perlu diberi perhatian terutama jangan biarkan kelonggaran pendawaian lebih-lebih lagi di tempat berjalan/lalu-lalang.

Faktor-faktor Psikologi.

Sistem pengautomasian dikendalikan oleh staf. Oleh itu adalah penting kepada pengurus perpustakaan supaya peka kepada stafnya tanpa perasaan syak tentang pengendalian komputer.

Sistem pengendalian berikut boleh membantu tindakan positif individu:

    1. Pelantikan staf lama sebagai ketua projek
    2. Berikan kepercayaan kepada staf lama yang mempunyai asas dalam pengendalian pengautomasian perpustakaan dan dihormati oleh pihak pentadbir serta staf lain.

    3. Penglibatan staf lama
    4. Perancangan peringkat awal, berjumpa dengan semua staf dan dapatkan pandangan mereka tentang sistem baru serta menerima pandangan yang baik.

    5. Buat pengumuman secara formal tentang sistem baru.
    6. Maklumkan secara rasmi kepada semua staf tentang perubahan sistem untuk mengelak daripada spekulasi.

    7. Faedah sistem
    8. Terangkan kelebihan dan keuntungan apabila sistem baru dijalankan dan berharap dapat meningkatkan keadaan bekerja dan perhubungan antara satu sama lain.

    9. Membuat laporan
    10. Sentiasa hebahkan berita/laporan kepada semua staf tentang berita terbaru tentang sistem yang digunakan.

    11. Merancang untuk kemungkinan
    12. Membuat persediaan untuk menghadapi masalah, sekiranya ada. Pastikan staf juga memahami keadaan demikian.

       

       

    13. Latihan dan dokumentasi
Sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak dalam perlaksanaan sistem baru sewajarnya perlu menerima penerangan dan latihan dalam semua aspek termasuk prosedur apabila sesuatu masalah berlaku.

 

 

Publisiti, Pendidikan dan Latihan.

Apabila memperkenalkan sistem baru, adlah penting supaya sola-soal publisiti, pendidikan dan latihan tidak disisihkan. Ketiga-tiga perkara ini adalah kompenan penting untuk mengglakan penggunaan sistem baru dengan lebih yakin. Tugas pihak pengurusan yang utama adalah untuk mengenalplasti kumpulan-kumpulan profesional dan pengguna lain yang memerlukan latihan. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang mengurus sistem berkenaan. Sebagai contoh seperti staf sokongan, pengguna perpustakaan dan kumpulan pengurusan.

Bagaimana maklumat dihebahkan juga penting. Bantuan profesional boleh diberikan bila sesuai, sebagai contoh bantuan pelukis grafik ataupun wartawan. Pameran dan demontrasi boleh digunakan untuk tujuan bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Program Latihan

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam program latihan;

 

Latihan staf bagi mengatasi masalah

Seharusnya staf yang terlatih dapat mengatasi masalah normal yang berlaku kepada sistem. Mereka mestilah mengetahui perkara-perkara berikut:

 

 

 

 

Dokumentasi

Merupakan peringkat terakhir. Dokumen mestilah:

Tujuan Dokumentasi  

Ke Laman Utama